Saturday, August 8, 2009

Perginya Dia...



Assalamualaikum..

Kan ku masih ingat lagi di kala pagi 3 Julai dahulu, dia masih lagi kesakitan disebabkan luka yang sangat teruk sehinngakan darah tidak henti-henti mengalir dari mulutnya. Tika itu aku mahu bertolak pulang ke Melaka bersama keluarga. Tinggal lah adik aku bersama dia. Ku usap-usap kepalanya pada ketika itu sambil ku berpesan “ kalau Brony nak **** tunggu sampai bang cik balik naa”.


Di Melaka, ku teruskan hidup ku yang penuh segala warna-warna hidup di kampus. Kehidupan ku di penuhi dengan kesibukan kehidupan sebagai seorang pelajar. Aku dihimpit dengan kerja-kerja yang sangat banyak sehinggakan ku tiada rehat yang cukup. Akan ku telan semua kepenatan dan kelelahan itu. Virus H1NI semakin menular di dalam kampus. Ku pulang ke kampung halaman disamping menghadirkan diri ke kenduri kahwin rakan karib ku semasa di maktab dahulu. Thaniah untuk Hilmi bin Noh.

Walaubagaimanapun, ada satu khabar yang membuat ku tidak senang hati. Mama ku menceritakan penyakit dia kembali menghantui dia. Penyakitnya kembali sejak dari aku pulang ke rumah. Mama ku menceritakan bahwa abah ku telah membawanya jumpa veterinar. Tetapi, veterinary tersebut hanya memberi vitamin dan antibiotik. Sehingga pada hari Isnin lepas, abah ku membawanya sekali lagi ke klinik. Kali ini dia disuntik seperti dahulu. Penyakit buah pinggangnya semakin melarat. Selepas disuntik dan dibawa pulang ke rumah, abanh ku terpakasa mengambil tindakan dengan mengurungnya di dalam sangkar kerana kesan daripada suntikan akan menyebabkan dia kencing tidak normal. Ketila sakit itu, dia tidak selera untuk makan dan juga minum. Aku rasa kasihan kepada dia.

Akan tetapi, dia seperti biasa tidak suka dikurung. Ku mengambil tindakan dengan melepaskannya. Ku melihatnya dia tidur di sebalik pasu pokok tupai-tupai milik mama ku. Ku sangkakan jika dia sakit dia tidaka akan keluar dari rumah. Sepeninggalan untuk beberapa minit, dia terus tinggalkan rumah ku. Selama 1 hari 1 malam abah ku mencarinya di kala hujan yang lebat membasahi bumi, tetapi tidakk jumpa jua. Sekeluarga ku sudah semakin risau dan resah speanjang ketiadaannya di rumah kerna dia masih lagi dalam kesakitan.

5 Ogos 2009. Pada petang tarikh itu, dia pulang di kalahujan yg lebat. Ku melihat dirinya basah dan bahagian belakangnya sangat kotor. Abah ku tanpa membuang masa mengambilnya untuk dimandikan. Dikeringkan badannya dan diletakkan semula ke dalam sangkar dan diselimutkan kerna khuatir dia akan kesejukan. Perkara sama berulang lagi, dia tidak mahu makan dan minum. Mama ku terlalu kasihan kan dia dan nekad membawanya masuk ke dalam rumah dan baringkan dia di atas karpet miliknya. Mama aku selimutkan dia dan mengalas kepala dengan bantal. Suasana petang itu dihimpit dengan persaan penuh kesedihan dan kesuraman. Untuk pengetahuan, dia tidak makan dan minum untuk beberapa hari sejak dia sakit. Pada malam hari tersebut, dia bermalam di dalam rumah. Ku seperti biasa tidur di luar disamping boleh menemaninya.

Pada 6 Ogos 2009, pagi ini abanh ku sibuk mop lantai satu rumah kerna dia kencing tidak normal. Diletakkan dia di dalam sangkar untuk sementara. Hujan masih lagi melanda dan mama ku mengambil keputusan membawa masuk dia bersama sangkarnya yang beasar itu ke dalam rumah. Kan ku menyuapnya air menggunakan syringe, tetapi dia tetap menolak. Kerisauan semakin menjengah ke dalam fikiran ku. Pada satu ketika, mama ku memberitahu satu perkara yang sangat membuta ku takut. Mama ku menceritakan tanda-tanda sesorang itu akan sampai pada harinya. Semua orang sedih melihat kelakuannya. Petang hari tersebut, ku bawa dia keluar ke halaman rumah kerna pandangannya sekali-sekala menjengah keluar. Ku amek daun pisang dan kain lapik di atas slap sebelum baringkannya. Dia cuba untuk bangun kadang-kadang. Satu ketika dia cuba untuk bangun, tetapi kali ini ku perhatikan kaki belakangnya sperti tidak boleh bergerak. Ku memikirkan di dalam benak fikiran ku sesuatu buruk akan terjadi padanya. Tetapi ku cuba untuk fikir positif.disamping itu, suaranya yang manja tidak lagi kedengaran. Ketika azan Maghrib berkumandang, ku membawa masuk semula dia ke dalam rumah. Selesai solat dan makan malam, ku tengok-tengokkan dia. Ku cuba untuk syringe kan dia dengan glucose sejak semalam. Dia terima sekali sekala. Selepas daripada itu, mama ku cuba suapkan dia vitamin. Kemudian diambil lak air zam-zam untuk diberi padanya. Dia namapak kuat sikit. Sekali sekala dia cuba untuk bangunkan dirinya. Sedih ku lihat keadaanya seperti itu. Pukul 1245 malam, ku selesai solat Isya’ ku. Dalam doa ku menyebut jika dia pergi meniggalkan kami sekeluarga aku redha. Jika Tuhan lebih sayangkannya ku redha nyawanya diambil kerna ku tak sanggup lagi dia menderita. Tapi jika dia panjang umur ku harap Tuhan berikan kekuatan kepadanya. Sesudah itu, aku besila di depan sangkarnya. Ku lihat dia seperti nazak, ku ingin sangat berkata-kata sesuatu kepadanya. “ Brony..Brony kena sabaq naa..kalau Brony mati Brony dapat masuk syurga. Tapi Brony kena tunggu bang cik naa. Tapi kalau Brony panjanag umuq, Brony kena sabaq ngan tahan sakit tau.” Selepas itu, ku lihat dia semakin sengsara dengan sakitnya. Ku tidak sanggup melihatnya lagi. “Brony..pejam la mata naa..sian bang cik tengok. Bang cik tak sampai hati tengok Brony camni..” ku menitiskan air mata ku yang berlinangan di pipi ku. Selepas itu, aku beredar menuju ke tempat tidur ku. Ku temani dia sampai ku tertidur. Tetapi pada satu ketika ku terjaga dari tidur dan ku milhatnya. Apa yang ku perhatikan dia sedang betul-betul memandang ku dengan mukanya dipenuhi dengan penuh kesakitan. Ku kembali terlelap.

Esok subuhnya 7 Ogos 2009, mama kejutkan ku. Mama ku cakap pada ku dia telah pergi untuk selama-lamanya meninggalkan kami sekeluarga sambil mama ku menangis teresak-esak. Ku terus pergi memerpa untuk melihatnya dan ku usap-usap badanya yang sudah megeras. Mama ku mengambil kain putih untuk membalutnya. Abah ku pergi menghantar adik ku ke tuisyen. Pulangya abah ku dia ajak ku dan mama ku sarapan pagi di luar. Setelah pulang dari sarapan pagi, ku kejut abang ku bangun untuk gali lubang kubur dia. Ku telah menyatakan hasrat ku kepada mama bahwa biarlah kubur dia di bawah pokok anggur dan orchid house tempat di mana dia selalu tidur. Sebelum mama mengkapankan dia, kami menciumnya buat kali terkahir. Hujan lebat turun membasahi alam ketika menunjukkan kesedihan dikala dia di simpan di lubang khas untuknya. Ku sendiri yang simpannya setelah mama ku selesai kapankan dia. Ku kambus tanah-tanah tersebut sambil menitiskan air mata yang tiada henti-hentinya. Tidak skit pun ku kisah tika hujan lebat tersebut demi menyimpannya. Kuburnya ditabur bunga-bunga yang cantik dan wangi dengan harapan dia ditempatkan dikalangan kekasih-kekasih Allah. Ditutup pula dengan zink kerna tidak mahu tanah kuburnya terlalu basah.

Setelah itu, pergilah buat selama-lamanya salah satu ahli keluarga kami. Dia merupakan seekor kucing yang sangat cekal, sangat tabah dan sangat kuat semangat sepanjang kehidupannya. Dia telah memberi kegembiraan kepada keluarga kami. Permegiannya sangat menyedihkan terutama mama dan ku sendiri.

“ Brony..Brony tinggai bang cik..bang cik sedih...bang cik tak dak temapt nak manja sebelum tidoq bila balik kedah nanti..bang cik rindu Brony...Brony dok lah dalam tu elok-elok naa..Brony janji tunggu bang cik naa nanti kat akhirat..bang cik sentisa doa untuk Brony..”

Al-Fatihah untuk MUHAMMAD AL-BIRUNI a.k.a Brony.

Brony in Memories
2004-2009

6 comments:

IR NaDzALiK said...

sabaq no abgcik..nnt jumpak kat syurga InsyaAllah..huhu..sedih gak aku baca kisah si brony ni..nk mnangeh pon ada..huhuhu

sheilasherimamohdsabri said...

hu...smpat gak neleh air mata ni..sabar tau...

zophin said...

terima kaseh...akan ku cba sabar..

Cik MimieYSyamimI said...

hye...
hehe.. bru jmp ang kt blogspot ni...
dh mati ke adk ang sekor tu...
sabaq na...
nk wat cmna dh smpi ajal dia...

Vita Meglio said...

salam..kucing rupanya, ingatkan orang..kucing kalo paling lama pon 5-6 taun je idup..normal la dia pergi..saya pon pernah je mati kucing tercinta 2 kali..dan lagi peritnya mati tanpa sempat melepaskan rindu..at least kamu sempat gak bermanja dengan dia be4 dia pergi..

cuma nak gitau dalam komen ni, smua yang hidup ni takkan kekal..kita kena standby je la untuk hari pemergian insan2 dan makhluk2 tersayang..lagipun kucing tu dah bahagia kerana dapat jamina syurga..kita yang manusia ni masih samar2..

kucing ni memang magic..kalo nak singkap memori dengan kucing tu dulu2, memang byk magic dia buat..paling pentingnya, kucing ni tau bila manusia ni sedih atau gembira..bila sedih, pandai2 je dia pujuk dan memanja dengan kita..mungkin 6th sense kucing ke ape, tu Allah je Yang Maha Tahu

Cuma..dia dah pergi..kita manusia ni kenalah kuat hadapi hari seterusnya..mungkin ada hikmah di setiap kejadian..maybe Allah matikan kucing tu, supaya kita lebih ingatkan Dia, kuatkan iman kita, kan lagi bagus begitu..

Sorila bebel panjang..saja menyibuk kat ruang ni kadang2..huhu..wassalam

tricksrex said...

kesedihan melanda jiwa walaupun aku bkn la peminat kucing